www.rahsiakuasaminda.com
 Terokai kehebatan diri anda yang sebenar
Utama      Soalan Lazim
Email a Page to a FriendPrint this pageAdd to Favorite
 
 
 
Soalan lazim berkaitan kuasa minda 
 
1.Adakah ilmu kuasa minda sama seperti ilmu tenaga dalam?
 
Ilmu kuasa minda berbeza dengan tenaga dalam kerana ilmu tenaga dalam dilatih dengan menggunakan pernafasan.Manakala ilmu kuasa minda dilatih dengan menggunakan tumpuan pada fikiran untuk menghasilkan gelombang alfa.

2.Adakah ilmu reiki sama seperti ilmu kuasa minda?
 
Reiki adalah suatu ilmu perubatan menggunakan energi alam semesta dan juga menggunakan simbol-simbol dari jepun bertujuan menyembuhkan penyakit dengan mengalirkan energi ke tubuh pesakit.Sedangkan ilmu kuasa minda lebih merujuk kepada latihan dengan menumpukan pada fikiran dan penyatuan minda dan juga tubuh badan
 
3.Adakah dengan mengaktifkan cakra boleh menguasai ilmu kuasa minda?
 
Ilmu kuasa minda boleh dikuasai tanpa mengaktifkan cakra.Cakra adalah tujuh titik tertentu secara spiritual dalam tubuh manusia seperti cakra ajna yang digunakan oleh sesetengah guru tenaga dalam untuk membantu anak murid mereka menguasai tenaga dalam.Berbeza dengan ilmu kuasa minda yang hanya boleh dipraktikkan sendiri tanpa menggunakan pengaktifan cakra.Cakra berasal dari ilmu kerohanian di india yang diamalkan oleh sami-sami hindu dan buddha.Manakala dalam sejarah islam,guru-guru kerohanian tasawuf menggunakan konsep lathaif
.
4.Berapa lama tempoh menguasai ilmu kuasa minda?
 
Untuk menguasai ilmu kuasa minda,ia bergantung dengan latihan setiap individu.Ada yang beli ebook saya,seminggu selepas itu,ada yang menelefon saya mengatakan dia sudah menguasai ilmu kuasa minda.Semakin rajin anda melakukan latihan,semakin cepat anda menguasai ilmu ini.

5.Adakah kaedah kuasa minda ini terlalu rumit untuk dipraktikkan?
Kaedah kuasa minda ini boleh dipraktikkan pada bila-bila masa hatta ketika anda berada di rumah dan di atas katil sekalipun.
 
6.Mengapa kah kursus ini begitu maha,contohnya satu peringkat untuk kursus ilmu berkaitan dengan minda harganya mencecah sehingga Rm 3000?
 
Kursus berkaitan dengan kuasa minda mahal kerana individu yang mengajarkan kursus tersebut mencari makan dengan yuran kursus yang mahal.Cuba bayangkan jika kursus mereka berharga Rm 600.Jika seribu orang menyertai kursus mereka,mereka akan mendapat Rm 600 ribu.Ilmu kuasa minda tidak memerlukan pengijazahan,tetapi hanya memerlukan latihan untuk menyatukan minda dan tubuh badan anda.
 
7.Adakah ilmu kuasa minda mengajar kita menjadi kebal,tahan api,ditikam tidak sakit?
 
Tidak,rasulullah sendiri tidak kebal,inikan pula manusia,kebanyakan demo yang anda lihat dalam majalah seperti ditikam tidak lut,berjalan atas api adalah teknik semata-mata.Ilmu kuasa minda hanya menggunakan kaedah untuk mencapai peringkat kesedaran dalam minda seperti alpha,tetha ,delta dan sebagainya.


 
 Hakcipta terpelihara www.rahsiakuasaminda.com 2011 Dilarang mengeluar dan menyalin isi kandungan daripada website ini tanpa keizinan penerbit